Wednesday 5 June 2013

hai.........

baru baru ni saya ade masuk sebuah kelab. kelab budi penyayang. penyayang kan saya.;)
 kelab ni saya masuk sebab nak penuhkan mata pelajaran wajib..kokorikulum untuk universiti saya..mule2 saya masuk kelab ni pun sebab ikut member2..biasa la..baru fist year..byk yang ikut member..tp lame2 rase suka kat kelab ni..ye ar..banyak aktiviti yang kami lakukan sepanjang semester ni..nak citer sikit pasal kelab ni..kelab ni spesial sikit..ahli2 semua girl..tak de lelaki pon...cuma penasihat untuk kelab ni je lelaki..namenyer En. Noraimi. banyak la input2 berguna dan nasihat2 yang baik kami dapat dr dia...en noraimi pun baik..sporting la..haha..
ok..saya nak berkongsi sedikit tentang aktiviti aktiviti yang kami jalankan sepanjang sem kedua saya di UTM......semoga kita dapat berkongsi pengalaman dan menimba pengetahuan bersama dalam aktiviti ini.....


1) Aktiviti  : Kempen Derma Darah.
   Tarikh :  6 Mac hingga 8 Mac 2013.
   Tempat  : Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur. 

 *  aktiviti ini merupakan aktiviti pertama yang kami jalankan pada awal2 mula sem 2..aktiviti ni dijalankan semasa sambutan hari kokorikulum di utm kampus kuala lumpur.



                                         poster untuk menarik perhatian orang ramai untk menderma darah.

kempen ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk menderma darah dan membantu orang-orang yang memerlukan. sepanjang kempen ini berlangsung, ramai mahasiswa dan kakitangan utm yang tidak melepaskan peluang untuk bersama sama menderma darah. mereka harus dipuji kerana sanggup membanu golongan yang memerlukan..bersama samalah kita menderma darah...hehe..

                                                menderma darah........







                                             alatan yang digunakan untuk menderma darah....


walupun saya tidak berkesempatan untuk menderma oleh kerana hal2 yang tertentu, saya harap suatu hari nanti saya dapat bersama sama mereka untuk menderma darah..doakan saya..:)


2) AKTIVITI : LAWATAN KE RUMAH ORANG2 TUA( RUMAH IKHLAS BAKTI )
   TARIKH : 30 MAC 2013
   TEMPAT : RUMAH IKHLAS BAKTI



                                        dihadapan rumah ikhlas bakti.....

lawatan kerumah orang-orang tua merupakan aktiviti kedua yang dijalankan oleh kelab kami. aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang paling menarik berlaku dalam hidup saya. sepanjang saya membesar, saya belum pernah melawat rumah orang-orang tua. pelbagai reaksi dan persepsi saya sebelum sampai ke rumah ini.pengalaman yang kami timba daripada aktiviti ini merupakan memori paling terindah dalam hidup saya.


                                    keadaan di rumah ikhlas bakti.........


 

 pelbagai jenis aktiviti kami dapat lakukan bersama sama penghuni rumah ikhlas bakti. ketibaan kami disambut dengan meriah oleh penghuni-penghuni disini.mereka sangat senang dengan kehadiran kami dan sangat gembira dengan kedatangan kami.antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah mengambil tekanan darah dan memeriksa kesihatan mereka dengan bantuan pusat perubatan utm kl. penghuni disini sangat sporting dan sangat baik...( rindu dengan gelagat mereka...)

                                        mengambil tekana darah salah seorang penghuni ikhlas bakti.


                                         makcik pah yang sangat penyayang orangnya...

                                                   pemeriksaan kesihatan...

                                                   seorang engineer...hehe..

                                penyerahan cenderhati oleh pengarah program kepada penjaga rumah ikhlas bakti
                                               eh....? penghibur hati mereka...si tompok....



3) AKTIVITI : KEMPEM BERHENTI MEROKOK
    TARIKH : 16 MEI - 21 MEI 2013
    TEMPAT : UTM KUALA LUMPUR




 aktiviti ini merupakan aktiviti ketiga yang dijalankan oleh kelab kami. kempen ini bertujuan untuk memberi dan mengajak orang ramai untuk mula berhenti merokok. aktiviti ini dilakukan dengan mengambil 1000 tandatangan sebagai tanda sokongan untuk berhenti merokok.pelbagai reaksi yang kami tempuhi sepanjang menjalankan aktiviti ini..tetapi kebayakan orang ramai menyokong aktiviti ini. aktiviti ini banyak memberi pengalaman baru untuk saya..the best of learning...

                                 mengambil tandatangan salah seorang mahasiswa di kediaman utm.

                               mari bergambar....hehe


                                 tanda sokongan dari penduduk sekitar kediaman utm.


                       upacara penyerahan 1000 tandatangan kepada penasihat kelab budi penyayang.



                                               1000 tandatangan yang berjaya diambil.......


sekian saja aktiviti yang berjaya kami lakukan sepanjang sem2 ini. pengalaman yang sangat - sangat menarik dan banyak pengajaran yang kami dpat sepanjang menjalankan aktiviti ini. apa yang penting, semangat ukhuwah sesama kami semakin bertambah dah saling menyayangi.sekian dari saya...semoga apa yang saya dapat dapat dikongsi bersama..
terimah kasih......









































No comments:

Post a Comment