HELLO WORLD!!
assalammualaikum.....hai...:)
hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang perlakuan remaja zaman sekarang...kebanyakan remaja kini banyak terlibat dengan gejala sosial..knpa berlaku? faktor? jom kita bincangkan.......
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA
PENGENALAN
Remaja merupakan generasi pelapis
yang akan memimpin Negara pada masa hadapan. Maka adalah penting bagi Negara
untuk melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Dewasa ini,
gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Negara kita semakin serius
dan tidak dapat dibendung lagi. Sebernarnya dadah merupakan ubat penahan sakit
dan tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Dadah bukanlah perkara baru
dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaanya telah dikesan sejak
berabad-abad yang lalu. Namun penyalahgunaan dadah ini timbul apabila manusia
menyalahgunakannya untuk kepuasan dan
keseronokan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai bahan kimia, sama
ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh secara disuntik, dihidu,
dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organism dari
segi fizikal atau mental. Terdapat pelbagai jenis dadah antaranya ialah
ketamin, ganja, shabu, heroin dan sebagainya. Sehingga hari ini, dadah telah
menjadi satu ancaman besar kepada Negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular
di Negara kita hari demi hari yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Penagihan dadah bukan sahaja dari golongan yang berpendapatan rendah, bahkan
telah merebak kepada golongan yang lebih mewah tak kira umur atau jantina. Ini
menunjukkan bahawa setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan
dadah. Terdapat maklumat yang telah dikeluarkan oleh badan NGO bahawa terdiri
daripada 617 penagih pertama kali dikesan adalah terdiri daripada pelajar
sekolah dan IPT. Scenario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang
melibatkan golongan remaja bukan perkara baru tapi masih berlanjutan sehinggga
hari ini. Bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa hadapan, adalah sangat
penting untuk melahirkan remaja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.
FAKTOR- FAKTOR BERLAKUNYA KES
pelbagai usaha telah dijalankan oleh
pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dalam menagani masalah penyalahgunaan
dadah. Walaubagaimanapun, kadar penglibatan penyalahgunaan dadah tidak
berkurang malah semakin meningkat dari masa ke semasa. Golongan remaja juga
tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar
peningkatan penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang
boleh mempengaruhi penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.antaranya ialah:
· * TEKANAN
PERASAAN
Tekanan
daripada masalah yang dihadapi oleh seseorang seperti masalah peribadi,
keluarga atau kerja boleh menyebabkan seseorang itu cenderung ke arah
pengambilan dadah. Apabila seseorang itu akan mengalami kemurungan sehingga
tidak mampu berdepan dengan masalah tersebut, sebagai jalan penyelesaian mereka
mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai tempat untuk mereka melupakan
tekanan yang dihadapi.
· * TIDAK
MEMPUNYAI PENGETAHUAAN YANG LUAS TERHADAP DADAH
Sebenarnya
remaja-remaja di Negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
kesan negatif pengunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh
menyebabkan seseorang itu tidak waras dan gagal dalam membuat keputusan yang
rasional. Justeru itu, mereka mengambil dadah bertujuan untuk berseronok dan
sebagainya tanpa memikirkan kesan negative terhadap masa hadapan mereka.
· * PENGARUH
RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya
juga banyak menyumbang kepada faktor berlakunya penyalahgunaan dadah dalam
kalangan remaja. Hal ini kerana rakan merupakan orang terdekat kepada remaja
selain keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut rakan mereka
tanpa memikirkan akibat dan kesan buruk mengambil dadah. Oleh itu, pemilihan
rakan yang sesuai harus dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja.
Sekiranya mereka bergaul dengan rakan yang mengambil dadah, secara tidak
langsung mereka akan terikut-ikut dengan rakan mereka yang terlibat dengan
dadah.
· * KURANG
PENDIDIKAN AGAMA
Pada masa
sekarang, kebanyakan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh
kurangnya pendidikan agama pada mereka. Hal ini berlaku kerana kurangnya
perhatian daripada ibu bapa tentang pendidikan agama kepada anak mereka.
Tambahan pula, di dunia yang serba moden ini, remeja lebih mudah untuk
terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang dibawa dari barat yang boleh
merosakkan fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka
hati untuk melakukan perkara yang di larang oleh agama. Oleh itu, pendidikan
agama amatlah penting bagi menghalang atau untuk menghindari remaja dari
mengambil dadah yang akan merosakkan masa hadapan mereka.
PERANAN KERAJAAN DAN NGO
Terdapat
banyak badan-badan NGO dan kerajan yang mengambil serius tentang isu dadah yang
semakin menular di Negara kita. Antara badan NGO yang terlibat adalah Agensi
Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ). AADK berperanan untuk memantau dan memerhati
gejala pengambilan dadah oleh masyarakat. Antara aktiviti yang banyak dilakukan
oleh kerajaan dan badan NGO adalah melakukan kempen kesedaran kepada remaja
–remaja yang menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Pelbagai aktiviti
dilakukan semasa kempen seperti ceramah tentang bahaya dadah ,seminar, pameran
dan sebagainya. Kempen ini bertujuan untuk member infomasi tentang bahaya dadah
dan member kesedaran kepada merka yang terlibat dengan dadah. Selain itu,
kerajan juga banyak melakukan aktiviti kokurikulum seperti perkemahan motivasi
untuk para remaja. Aktiviti aktiviti yang berfaedah dapat memgelakkan remaja
daripada terlibat ke kancah dadah. Selain itu, kerajaan juga telah mengenakan
hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat dengan dadah sama ada menjual
atau mengedar dadah. Selain itu, pihak kerajaan dan juga swasta juga telah
banyak menubuhkan pusat-pusat pemulihan
yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari
berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain.
STATISTIK
Perbandingan Penagih Mengikut Golongan Bagi
Bulan Januari 2012
GOLONGAN
PENAGIH
|
JAN
2012
|
%
|
JAN
2011
|
PERBEZAAN
2012/2011 (%)
|
Remaja
|
12
|
1.82%
|
82
|
-85.37%
|
Belia
|
443
|
67.12%
|
893
|
-50.39%
|
Dewasa
|
205
|
31.06%
|
151
|
35.76%
|
HUJAH
Dadah
merupakan musuh utama bagi Negara kita. Gejala pemgambilan dadah semakin hari
semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang
merupakan harapan dan tunggak Negara semakin banyak tidak menyedari
tanggungjawab mereka pada Negara hanya disebabkan oleh terpengaruhnya dengan
penyalahgunaan dadah. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan badan
swasta untuk membendung dari berlakunya kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan
remaja di Negara kita namun masih belum menampakkan hasil. Kesannya, semakin
hari semakin banyak anak-anak muda yang
terlibat dengan gejala negative ini. Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta harus
meningkatkan usaha dalam menangani masalah ini dan mengambil tindakan yang
drastik untuk melumpuhkan mengedaran dadah dan menghapuskan sarang-sarang yang
menjadi tempat-tempat penagihan dadah. Media massa juga berperanan untuk
mengawal penularan gejala ini. Media massa tidak seharusnya menyiarkan
rancangan-rancangan yang boleh mempengaruhi minda remaja sehinnga mereka
terlibat dengan dadah. Orang ramai juga harus bekerjasama dan membantu kerajaan
untuk membanteras dari gejala ini terus
berlaku.orang ramai tidah harus terus mengharapkan kerajaan sahaja untuk
menyelesaikan isu ini,tapi harus memainkan peranan mereka untuk menghapuskan
gejala ini di Negara kita. Selain itu, golongan remaja juga harus memainkan
peranan mereka sebagai harapan Negara. Remaja harus bijak untuk membuat
keputusan dan berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan agar tidah
mudah terpengaruh dengan gejala penyalahgunaan dadah. Remaja harus perangi
dadah dah menjauhi daripada terlibat dengan gejala ini.
PENUTUP
Kesimpulannya,
dadah banyak membawa keburukan kepada semua lapisan masyarakat. Penyalahgunaan
dadah banyak berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Oleh itu, semua
pihak harus berganding bahu dan mengatur strategi untuk menyelesaikan masalah
ini agar remaja kita tidak terus hanyut dengan dadah agar kita dapat
membangunkan Negara yang maju seiiring dengan wawasan 2020 kita.