Thursday 6 June 2013

HELLO WORLD!!
assalammualaikum.....hai...:)

hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang perlakuan remaja zaman sekarang...kebanyakan remaja kini banyak terlibat dengan gejala sosial..knpa berlaku? faktor? jom kita bincangkan.......




PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN   REMAJA




PENGENALAN

Remaja merupakan generasi pelapis yang akan memimpin Negara pada masa hadapan. Maka adalah penting bagi Negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Sebernarnya dadah merupakan ubat penahan sakit dan tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaanya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu. Namun penyalahgunaan dadah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya  untuk kepuasan dan keseronokan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organism dari segi fizikal atau mental. Terdapat pelbagai jenis dadah antaranya ialah ketamin, ganja, shabu, heroin dan sebagainya. Sehingga hari ini, dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada Negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di Negara kita hari demi hari yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Penagihan dadah bukan sahaja dari golongan yang berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah tak kira umur atau jantina. Ini menunjukkan bahawa setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Terdapat maklumat yang telah dikeluarkan oleh badan NGO bahawa terdiri daripada 617 penagih pertama kali dikesan adalah terdiri daripada pelajar sekolah dan IPT. Scenario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan remaja bukan perkara baru tapi masih berlanjutan sehinggga hari ini. Bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa hadapan, adalah sangat penting untuk melahirkan remaja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

FAKTOR- FAKTOR BERLAKUNYA KES

pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dalam menagani masalah penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, kadar penglibatan penyalahgunaan dadah tidak berkurang malah semakin meningkat dari masa ke semasa. Golongan remaja juga tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar peningkatan penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.antaranya ialah:

·     *   TEKANAN PERASAAN

Tekanan daripada masalah yang dihadapi oleh seseorang seperti masalah peribadi, keluarga atau kerja boleh menyebabkan seseorang itu cenderung ke arah pengambilan dadah. Apabila seseorang itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan masalah tersebut, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai tempat untuk mereka melupakan tekanan yang dihadapi.

·      *   TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAAN YANG LUAS TERHADAP DADAH

Sebenarnya remaja-remaja di Negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif pengunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan seseorang itu tidak waras dan gagal dalam membuat keputusan yang rasional. Justeru itu, mereka mengambil dadah bertujuan untuk berseronok dan sebagainya tanpa memikirkan kesan negative terhadap masa hadapan mereka.

·       *  PENGARUH RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya juga banyak menyumbang kepada faktor berlakunya penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Hal ini kerana rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selain keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut rakan mereka tanpa memikirkan akibat dan kesan buruk mengambil dadah. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai harus dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya mereka bergaul dengan rakan yang mengambil dadah, secara tidak langsung mereka akan terikut-ikut dengan rakan mereka yang terlibat dengan dadah.

·      *   KURANG PENDIDIKAN AGAMA

Pada masa sekarang, kebanyakan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama pada mereka. Hal ini berlaku kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa tentang pendidikan agama kepada anak mereka. Tambahan pula, di dunia yang serba moden ini, remeja lebih mudah untuk terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang dibawa dari barat yang boleh merosakkan fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati untuk melakukan perkara yang di larang oleh agama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau untuk menghindari remaja dari mengambil dadah yang akan merosakkan masa hadapan mereka.



PERANAN KERAJAAN DAN NGO

Terdapat banyak badan-badan NGO dan kerajan yang mengambil serius tentang isu dadah yang semakin menular di Negara kita. Antara badan NGO yang terlibat adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ). AADK berperanan untuk memantau dan memerhati gejala pengambilan dadah oleh masyarakat. Antara aktiviti yang banyak dilakukan oleh kerajaan dan badan NGO adalah melakukan kempen kesedaran kepada remaja –remaja yang menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Pelbagai aktiviti dilakukan semasa kempen seperti ceramah tentang bahaya dadah ,seminar, pameran dan sebagainya. Kempen ini bertujuan untuk member infomasi tentang bahaya dadah dan member kesedaran kepada merka yang terlibat dengan dadah. Selain itu, kerajan juga banyak melakukan aktiviti kokurikulum seperti perkemahan motivasi untuk para remaja. Aktiviti aktiviti yang berfaedah dapat memgelakkan remaja daripada terlibat ke kancah dadah. Selain itu, kerajaan juga telah mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat dengan dadah sama ada menjual atau mengedar dadah. Selain itu, pihak kerajaan dan juga swasta juga telah banyak menubuhkan pusat-pusat pemulihan  yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain.


STATISTIK

Perbandingan Penagih Mengikut Golongan Bagi
Bulan Januari 2012

GOLONGAN
PENAGIH
JAN
2012
%
JAN
2011
PERBEZAAN
2012/2011 (%)
Remaja
12
1.82%
82
-85.37%
Belia
443
67.12%
893
-50.39%
Dewasa
205
31.06%
151
35.76%







HUJAH

Dadah merupakan musuh utama bagi Negara kita. Gejala pemgambilan dadah semakin hari semakin menular khususnya dalam kalangan generasi muda. Generasi muda yang merupakan harapan dan tunggak Negara semakin banyak tidak menyedari tanggungjawab mereka pada Negara hanya disebabkan oleh terpengaruhnya dengan penyalahgunaan dadah. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan badan swasta untuk membendung dari berlakunya kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Negara kita namun masih belum menampakkan hasil. Kesannya, semakin hari semakin banyak anak-anak  muda yang terlibat dengan gejala negative ini. Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta harus meningkatkan usaha dalam menangani masalah ini dan mengambil tindakan yang drastik untuk melumpuhkan mengedaran dadah dan menghapuskan sarang-sarang yang menjadi tempat-tempat penagihan dadah. Media massa juga berperanan untuk mengawal penularan gejala ini. Media massa tidak seharusnya menyiarkan rancangan-rancangan yang boleh mempengaruhi minda remaja sehinnga mereka terlibat dengan dadah. Orang ramai juga harus bekerjasama dan membantu kerajaan untuk  membanteras dari gejala ini terus berlaku.orang ramai tidah harus terus mengharapkan kerajaan sahaja untuk menyelesaikan isu ini,tapi harus memainkan peranan mereka untuk menghapuskan gejala ini di Negara kita. Selain itu, golongan remaja juga harus memainkan peranan mereka sebagai harapan Negara. Remaja harus bijak untuk membuat keputusan dan berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan agar tidah mudah terpengaruh dengan gejala penyalahgunaan dadah. Remaja harus perangi dadah dah menjauhi daripada terlibat dengan gejala ini.

PENUTUP

Kesimpulannya, dadah banyak membawa keburukan kepada semua lapisan masyarakat. Penyalahgunaan dadah banyak berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dan mengatur strategi untuk menyelesaikan masalah ini agar remaja kita tidak terus hanyut dengan dadah agar kita dapat membangunkan Negara yang maju seiiring dengan wawasan 2020 kita.


 p/s....hargaila masa depan kita...jadi lah remaja yang akan membanggakan parent dan negara...jadilah remaja yang bebas dari dadah...jom majukan diri dengan benda2 yang berfaedah....good luck to all....insyaallah..kita jadi orang yang berjaya..ameen.....caiyoookkkk.....



No comments:

Post a Comment